22 May, 2009

Pembentangan Projek Anjung Ilmu dalam ICE 2009 UBD.

22 November, 2008

LAPORAN Anjung Bahasa Ke Mc Donalds
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching
LAPORAN Anjung Bahasa Ke Pusat Pemuliharaan Penyu
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching
LAPORAN Anjung Bahasa Ke Bread Culture Cake House
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching

21 November, 2008

LAPORAN Anjung Bahasa Ke Pusat Latihan Bomba Dan at
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching
LAPORAN Anjung Bahasa Ke Taman Haiwan Lois
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching

19 November, 2008

Kertas Kerja Anjung Bahasa Ke Pusat Pemuliharaan Penyu
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching

15 November, 2008

Kertas Kerja Anjung Bahasa PL3232 Kumpulan 3
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching

06 November, 2008

Kertas Kerja Anjung Bahasa Ke Mc Donald's Gadong
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching
Kertas Kerja Anjung Bahasa Ke Pusat Latihan Bomba Dan at
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching

05 November, 2008

Kertas Kerja Anjung Bahasa Kumpulan 1 PL3232 2008
Get your own at Scribd or explore others: Education Teaching

28 September, 2008

PRAANJUNG BAHASA (KUMP 5) KE McDONALD'S

25 September, 2008

PRAANJUNG BAHASA (KUMP 4) KE PUSAT PEMULIHARAAN PENYU

PRAANJUNG BAHASA (KUMP 3) KE BREAD CULTURE

15 September, 2008

PRAANJUNG BAHASA (KUMP 2) KE BALAI BOMBA

Anjung Bahasa Kumpulan 2
View SlideShare presentation or Upload your own.

PRAANJUNG BAHASA (KUMP 1) KE TAMAN HAIWAN LOIS

05 August, 2008

PANDUAN DAN PROSEDUR UMUM
Projek Anjung Bahasa

Anjung Bahasa merupakan projek lawatan sambil belajar. Anjung Bahasa merupakan singkatan bagi projek membawa anak bangsa (pelajar) berkunjung ke suatu tempat yang bersesuaian untuk menimba pengalaman sebenar, mengumpul ilmu dan maklumat serta memberi mereka peluang mempraktikkan bahasa Melayu baku dalam situasi sebenar. Projek ini dilaksanakan secara berperingkat atau tahap, iaitu Praanjung Bahasa, Anjung Bahasa dan Pascanjung Bahasa.
Tata cara Projek Anjung Bahasa

... Praanjung Bahasa
Peranan dan Aktiviti Guru
  • Menyediakan kertas kerja Anjung Bahasa.
  • Memohon kebenaran pihak sekolah.
  • Memastikan jumlah murid/pelajar yang ikut serta.
  • Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga pelajar.
  • Memaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa/penjaga tentang keperluan yang perludibawa/disediakan.
  • Memohon kebenaran pihak yang dikunjungi.
  • Merancang aktiviti praanjung, anjung bahasa dan pascanjung.
  • Menyediakan keperluan Anjung Bahasa seperti kenderaan, jamuan dsb.
  • Melaksanakan aktiviti praanjung, antaranya bersoal jawab bersama pelajar, berbincang, meramal kejadian, menimbulkan persoalan dsb.
  • Mendokumentasikan aktiviti praanjung melalui catatan dan rakaman video.

Peranan dan Aktiviti Murid/Pelajar

  • Mengisi borang Anjung Bahasa dan meminta tandatangan ibu bapa/penjaga sebagai pengakuan kebenaran telah diberikan.
  • Membuat persiapan yang perlu, sesuai dengan tuntutan/tujuan Anjung Bahasa.
... Anjung Bahasa
Peranan dan Aktiviti Guru
  • Memastikan segala keperluan tersedia seperti yang dirancang.
  • Memastikan kenderaan bersedia untuk bertolak.
  • Mencatat kehadiran dan memastikan jumlah pelajar yang ikut serta pada hari sebenar.
  • Mengawasi tingkah laku dan keselamatan murid atau pelajar.
  • Memastikan semua pelajar mengikut arahan, antaranya melaksanakan tugas yang diberikan seperti mengumpul maklumat, membuat catatan, bertanya, menyelesaikan masalah dsb.
  • Memastikan semua pelajar kembali ke sekolah dengan tertib dan selamat.
  • Mendokumentasikan aktiviti Anjung Bahasa melalui catatan dan rakaman video.
Peranan dan Aktiviti Murid/Pelajar
  • Bersedia dari aspek mental, fizikal dan material serta kelengkapan sesuai dengan keperluan yang telah dimaklumkan oleh guru pengawas.
  • Memberikan kerjasama kepada guru pengawas, khususnya menjaga disiplin dan mematuhi arahan yang diberikan.
  • Melaksanakan tugasan yang diberikan pada sepanjang aktiviti Anjung Bahasa.
  • Berusaha untuk menggunakan bahasa Melayu baku agar objektif Anjung Bahasa berjaya dicapai.
... Pascaanjung Bahasa
Peranan dan Aktiviti Guru
  • melaksanakan aktiviti Pascaanjung Bahasa seperti yang dirancang, misalnya menggunakan maklumat yang dikumpul, pengalaman pelajar dan catatan pelajar untuk:
    berkongsi pengalaman dan mencatatkannya
    menimbulkan isu dan mencatatkannya
    menyelesaikan masalah yang ditimbulkan dalam Praanjung Bahasa
    menjawab soalan kefahaman
    pembentangan laporan
    menulis karangan argumentatif
    menulis karangan naratif
    menulis karangan deskriptif
    menulis sajak
    menulis cerpen
    menulis drama
    menulis rumusan
    menulis ringkasan
    membuat ulasan
    menghasilkan buku skrap atau kreatif
    menghasilkan poster bermesej
    menyumbang bahan tulisan dan gambar dalam laman web sekolah atau blog (jika ada)
    mengadakan pameran urutan lawatan
    mewujudkan sudut kunjungan di bilik darjah, dsb.
  • Menyemak hasil kerja pelajar dan memberikan markah.
  • Menyediakan laporan Anjung Bahasa yang lengkap untuk makluman pengetua dan rekod sekolah.
  • Menyediakan rumusan ringkas kejayaan dan faedah Anjung Bahasa kepada ibu bapa/penjaga (jika perlu).
  • Menulis surat ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang dikunjungi.
Peranan dan Aktiviti Murid/Pelajar
  • Terlibat sepenuhnya dalam aktiviti Pascaanjung Bahasa.
  • Berupaya menggunakan segala pengalaman, maklumat dan ilmu yang diperolehi daripada aktiviti Anjung Bahasa.
  • Bersedia untuk berkongsi maklumat dan pengalaman dengan rakan lain jika tugasan yang diberikan adalah tugasan berkumpulan.
  • Menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan.
  • Berusaha untuk menggunakan bahasa Melayu baku agar objektif Anjung Bahasa berjaya dicapai.